Isnin, 13 April 2009

MEKANISMA PEMULIHAN PENAGIH DADAH BERAGAMA ISLAM

Ada beberapa langkah bagi seorang penagih yang beragama Islam untuk pulih sepenuhnya antaranya;

1-Azam yang kuat untuk berhenti menjadi penagih.

Azam yang kuat bukanlah satu perkara yang mudah untuk dimiliki kerana terlalu banyak cabaran. Apatah lagi bagi mereka yang tidak banyak memiliki ilmu agama. Untuk sampai kepada satu titik dengan keyakinan yang bulat bagi seorang penagih amatlah sukar kerana tidak ada ketenangan dan pemikiran sedang berserabut. Cahaya iman dan hidayah tidak mudah menjelma.

2-Bertaubat.

Sekalipun ramai ulama menetapkan hanya tiga syarat taubat iaitu menyesal, berazam untuk tidak melakukan tabiat lama dan berhenti serta merta namun tanpa ilmu agama taubat juga sangat sukar untuk dilakukan. Kerana taubat tidak kemas dan mantap maka ramai bekas penagih kembali semula kepada tabiat lamanya menjadi penagih. Tidak mustahil ada di kalangan penagih kerap melakukan dosa besar dan kemungkaran yang lain sehingga Allah SWT. Mengazab mereka dengan cara menjadi sebagai seorang penagih. Atau mereka tidak pernah mengendahkan perintah Allah SWT. Selama ini, dan banyak lagi perkara-perkara yang menyebabkan seorang penagih itu perlu bertaubat. Dengan kata lain penagih perlu melihat penagihan itu sebagai satu azab dan kutukan daripada Allah SWT. atau melihathatnya sebagai satu rahmat kerana menerusi penagihan dia mula ingin bertaubat dan kembali ke jalan Allah SWT. Mereka yang menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Dan sesama manusia dengan baik Allah SWT tidak akan menzaliminya dengan menjadikannya segabai seorang penagih kerana Allah SWT tidak menzalimi hamba-Nya tetapi hambalah yang menzalimi diri mereka sendiri.

3-Menambah ilmu agama Islam.

Ayat yang pertama diturunkan adalah mengenai perintah untuk membaca dengan nama Allah SWT. Dengan kata lain Islam sangat menekankan kepentingan amalan membaca demi mendapatkan ilmu yang berfanfaat. Terlalu banyak hadis dan kata-kata para sahabat nabi serta ulama berkaitan dengan pentingnya mencari ilmu pengetahuan sebagai panduan dalam kehidupan. Barangkali ramai para penagih yang beragama Islam tidak tahu apa itu fardu ain dan fardu kifayah serta tidak tahu membaca Qur’an dan tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas untuk diperjuangkan.

4-Mengamalkan ajaran Islam secara Istiqomah.

Tidak ada kebahagiaan tanpa mengamalkan ajaran Islam. Kebahagiaan memerlukan pengorbanan dari segi masa, tenaga bahkan wang ringgit. Menerusi pengorbanan Allah SWT. Akan campakkan rasa tenang dan bahagia dalam hati hamba-Nya.

5-Banyak berzikir.

Sekalipun amalan ini sangat mudah dilakukan namun tidak ramai umat Islam melakukannya dengan konsisten kerana beberapa sebab antaranya; kurang yakin akan kesannya, kurang percaya kemujarabannya dan berkeyakinan bahawa ada lagi amalan yang lain lebih mujarab untuk dilakukan.



6-Banyak berdoa.

Samalah halnya dengan amalan berzikir masih ramai umat Islam tidak begitu rajin berdoa kerana seba-sebab di atas.

Untuk melakukan 6 perkara di atas tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak. Yang sangat diperlukan ialah iman dan belajar menahan ego. Hanya kerana tidak ada iman dan ego yang terlalu besar maka akhirnya untuk memulihkan seorang penagih memerlukan ribuan Ringgit Malaysia.

Pemulihan penagih dadah tidaklah memerlukan satu falsafah yang tinggi kerana para penagih sendiri tidak memiliki falsafah hidup yang tinggi. Dengan kata lain adalah tidak wajar memikirkan satu falsafah yang tinggi untuk merawat para penagih sedangkan para penagih sendiri tidak memerlukannya. Mereka menagih kerana tidak mengamalkan 6 perkara di atas secara kosisten, oleh yang demikian untuk mereka pulih kembali mereka perlu melakukan 6 perkara di atas dengan penuh keyakinan.

Salah satu masalah besar yang dihadapi oleh para penagih yang beragama Islam ialah mereka mahu sembuh dan pulih sepenuhnya tanpa melibatkan pendekatan agama, seakan-akan penglibatan mereka dalam penagihan dadah tidak ada kena mengena dengan ajaran agama Islam. Dengan kata lain mereka sedang mengalami krisis tidak yakin kepada ajaran agama sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan