Rabu, 1 April 2009
Operasi bersama JSJN dan Pejabat Agama
KEMAMAN – Polis Kemaman berjaya menumpaskan satu sindiket penjualan air tuak masam dengan tertangkapnya empat lelaki dan merampas lebih 500 kampit cecair minuman itu yang bernilai hampir RM30,000 dalam empat serbuan sempena Ops Bersepadu di Taman Bukit Mentok, Chukai, di sini, semalam. :Operasi diketuai Asisten Superintendan Hamzah Awang Dollah yang turut membabitkan beberapa anggota cawangan Jenayah Narkotik, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) itu dilakukan ke atas empat buah rumah teres berhampiran. :Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, hasil operasi itu, polis berjaya menahan empat lelaki yang juga ketua keluarga rumah terbabit untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kastam sebelum tindakan seterusnya diambil. :“Ketika serbuan, semua anggota keluarga di rumah berkenaan sibuk melakukan kerja pemprosesan air tuak pada bahagian belakang rumah masing-masing. :“Hasil serbuan itu, kami berjaya merampas lebih 20 tong bersaiz sederhana berisi air tuak dan lebih 500 kampit air tuak dianggarkan bernilai RM30,000. :“Setiap kampit cecair itu dijual dengan harga RM5, RM3 dan RM2,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Chukai, semalam. :Menurut Abdullah Sani, ketika serbuan dilakukan, terdapat ramai pelanggan menunggu untuk membeli air tuak dan lima daripadanya berjaya diberkas anggota penguat kuasa. :“Mereka adalah pelanggan setia di sekitar Chukai dan Air Putih, semuanya turut ditahan untuk proses mengambil air kencing sebelum tindakan seterusnya diambil. :“Semua anggota keluarga terbabit dipercayai telah menjalankan kerja pemprosesan air tuak itu sejak tiga bulan lalu dan mereka berketurunan bukan Islam serta berasal dari Sarawak. :“Mereka dipercayai menyara kehidupan hasil daripada menjual air tuak yang hanya membabitkan penjualan di rumah untuk pelanggan tetap mereka,” katanya. :Menurut Abdullah Sani, semua suspek terbabit ditahan kerana didapati berniaga air tuak tanpa lesen. :“Antara yang dirampas adalah beras, ragi dan air tapai. :“Semua barang dirampas kini ditempatkan di Balai Polis Chukai untuk memudahkan proses penyiasatan,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan